- pam air submersible (guna dalam akuarium tu murah Rm30.00)
- pasu plastik 10biji dan 10 pokok strawberi ( pasu tu RM 1.00 sebiji)
- paip angin saiz yang guna untuk akuarium juga ( RM0.10sen semeter )
- Regulator angin yang digunakan untuk akuarium juga . guna yang 4 port X 2 ( RM 1.50)
- Tong untuk isi air baja. cari jer apa2 bekas janji leh isi air.
- Timer yamg murah pun ok( RM20.00)
- 2 kaki 3/4 pvc paip air.
- penyambung paip angin . kalau kat kedai fikir fikir barang apa patut beli dan sesuai.
Setelah benda ni dipasang jadi lah seperti dalam gambar ni.

Pokok strawberi ni memang berasal dari Cameron Highland memang tak suka cuaca panas kat kampung saya. Banyak juga ujian dan kajian dilakukan supaya pokok ni boleh terima terik matahari tanpa lindung dan suhu panas. Aspek tanah, baja , air dan cahaya berkaitan satu sama lain oleh pokok ini untuk hidup subur.
Pada pokok ujian sebelum ini didapati suhu yang tinggi agak sukar bunga nak menjadi buah walau pokok ni jenis kacuk sendiri tapi dalam ujian mengunakan kaki lebah juga gagal.
Beberapa teknik telah dilakukan untuk mengatasi masalah ini.

Tapi sayang pokok ujian yang pernah berbunga dan berbuah ni mati kerana saya pergi outstation dan tidak disiram selama 3 minggu ( masa ni belum buat sistem siraman lagi) tapi
saya berjaya mendapatkan baka dari pokok ini dan sekarang dah berumur 1 bulan ( dalam gambar).
Oleh kerana sampai sekarang saya belum dapat lagi sumber baja fertigasi untuk strawberi ni jadi tak tahu bila pokok ni leh berbuah. Tapi sekarang saya gunakan baja NPK 15 15 15.